ALAMAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas

09600 Lunas, Kedah Darul Aman

Tel : 04 - 4844567
 
 

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas, Pengetuanya Encik Abdul Majid bin Abdullah memulakan operasi pada tahun 1984. Seramai 111 orang pelajar mendaftar di Tingkatan 1 dan seramai 102 orang pula di Tingkatan Peralihan.

Pada tahun 1986, kumpulan pertama pelajar menduduki Peperiksaan SRP dan hanya pada tahun 1993 sekolah ini mengemukakan calon SPM buat pertama kali kerana sebelum ini pelajarnya melanjutkan pelajaran di Tingkatan 4 di SM Kulim(SM Panglima Besar). Kemudian pada tahun 1995 seramai 21 orang pelajar sulung menduduki Peperiksaan SPM aliran Sains.

Pada Januari 1998 Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas telah dinaikkan taraf ke Gred A dan berlakulah perubahan dari segi struktur organisasinya. Pada 31/05/1998 seramai 37 pelajar sekolah ini bersama-sama dengan pelajar 27 buah sekolah lain di Malaysia memulakan kelas "SEKOLAH KE KERJAYA" yang menitikberatkan latihan kemahiran (40%) tanpa mengabaikan pembelajaran di sekolah (60%).

LOKASI

SMKL terletak 1 KM dari Pekan Lunas iaitu di Jalan Lunas-Padang Serai di Daerah Kulim, Kedah.
 
 

KEMUDAHAN


BLOK A BLOK B BLOK C
Pejabat

Bilik Guru,

Bilik Komputer

Bilik Kaunseling

Bilik Agama Islam

Bilik Seni

Bilik Jahitan

Bilik Tayangan

2 Buah Kelas

Bilik Komputer

3 Buah Makmal

7 Buah Kelas

12 Buah Kelas

Pusat Sumber

Koperasi

Bengkel Kemahiran Hidup

3 Buah Bilik